TIPS BERJAYA : PEKAK DAN TULI

DETOKS TANDA BADAN TIDAK SIHAT

Apa itu Detoks?


Di dalam kehidupan yang serba moden dan canggih ini , kita mungkin tidak menyedari bahawa tubuh badan kita terbeban dengan pengumpulan toksik daripada udara yang kita bernafas, air yang kita minum, makanan yang diproses dan di awet yang kita makan serta tekanan yang di alami setiap hari sama ada tekanan kerja mahupun keluarga. Keaadaan seperti ini mencetuskan toksik dan pengumpulannya tidak mudah disingkirkan.

******************************************************************************

Kehadiran toksik-toksik ini yang menyumbang kepada kedatangan pelbagai penyakit kepada tubuh badan kita. Bagi memastikan kesihatan yang berkualiti, bebab toksik di dalam tubuh perlu disingkirkan dengan SEGERA!!.



Detoks atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.

Detoks merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detoks sendiri iaitu hati, usus dan ginjal

Salah satu Detoks semulajadi ialah dengan berpuasa. Tahukah anda apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detoks secara semulajadi. 

Detoks dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.

Kenapa perlu Detoks??


Detoks perlu untuk menyingkirkan logam berat terutama plumbum & merkuri dari badan. Di samping itu ia dapat membersihakan organ dalaman seperti hati, ginjal dan otak dari bahan toksin 

Dengan melakukan detoks, ia mampu memperkuatkan bakteria baik di dalam usus sekaligus memperbaiki sistem imun badan di samping membantu membuang parasit yang ada di dalam badan.

Apa itu Prinsip Detoks

Sebagai seorang muslim, detoks tubuh dan jiwa perlu dilakukan serentak bagi mendapatkan keseimbangan hidup rohani dan jasmani.

Detoks jiwa menjadikan detoks tubuh badan kita menjadi lebih efisyen dan berkualiti.



Jenis-jenis Detoks

Terdapat pelbagai jenis detoks yang boleh kita pilih mengikut kesesuian dan matlamat detoks itu di lakukan di antaranya :
  • Detoks Logam
  • Detoks Parasit
  • Detoks Usus
  • Detoks Hati
  • Detoks seluruh tubuh

Comments