TIPS BERJAYA : PEKAK DAN TULI

ASAL-USUL UBI KAYU

UBI KAYU memang sinonim dengan masyarakat melayu tapi dari mana asal-usul ubi??...


OK..Ubi kayu atau nama botani: Manihot Esculenta Crantz merupakan  tumbuhan tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat . Manakala  daunnya  sebagai sayuran. 

SO Sejarah Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia. ERMM....jauh gak la ubi kayu ni merantau...

Nama lain bagi ubi kayu adalah ubi benggala, ubi belanda dan cassava (bahasa Inggeris) bukan cassonova yer. Dalam penerbitan bahasa Inggeris, tanaman ini biasanya dirujuk dengan menggunakan nama-nama tempatannya, seperti mandioca, aipim, atau macaxeira (Brazil), kassav (Haiti), mandi´o (Paraguay), akpu atau ugburu (Nigeria), bankye (Ghana), mogo atau mihogo (kawasan di Afrika yang berbahasa Swahili), kappa (India), maniok (Sri Lanka), singkong (Indonesia), kamoteng kahoy atau balanghoy (Filipina), mushu (China), củ sắn or khoai mì (Vietnam) dan manioke atau manioca (Polynesia).

Kalau dulu ubi kayu ni jadi makanan utama masa zaman Perang Dunia Kedua sebab masa  perang beras susah nak dapat (so hargailah beras ). Nak tanam ubi kayu pun senang je...keratan batang dicucuk ke dalam tanah sahaja.

ALKISAHNYE org dulu-dulu kreatif dengan mempelbagaikan ubi kayu dengan buat kuih bingka, tapai ubi, ubi rebus, kerepek ubi dan sekarang dikomersialkan menjadi MSG ( monosodium glutamat) atau lebih dikenali dengan nama Ajinomoto

Comments