TIPS BERJAYA : PEKAK DAN TULI

CARA NAK KURUS MASA PUASA

Alhamdulilah...kita telah di panjangkan umur untuk bertemu kembali dengan Ramadhan al -mubarak. Bulan umpama seribu bulan penuh dengan keberkatan.

Sebelum itu, jom kita fahami maksud puasa itu sendiri

PUASA  merupakan suatu ibadah wajib di mana kita perlu menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa, dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

So apa kata, alang-alang kita berpuasa sambil kuruskan badan yang selama ini menyimpan lelemak dengan jayanya..hehehe

Of course kalau nak buat sesuatu kena ada displin dan tekad yang tinggi, if not separuh jalan dah putus asa.

Faktor utama yang menyumbang kepada kegemukan kita ialah :

  • Pola permakanan
 Malaysia memang kaya dengan kepelbagaian makanan yang sedap belaka tetapi AWAS          kebanyakkan  makanan ini tinggi kalori dan lemak. Terutama sekali makan sedia proses atau fast food. Tidak salah mengambil makanan yang tinggi kalori dan lemak tetapi ia perlu di seimbangkan dengan pengambilan sayur-sayuran serta buah-buahan dan senaman yang berkala
  • Gaya hidup
Kehidupan kita yang agak selesa dengan hampir 8 jam kerja di pejabat duduk menghadap komputer dan kurang pergerakan menjurus ke arah kegemukan juga. Oleh sebab itu, senaman berkala amat penting bagi memastikan kadar metabolisma meningkat untuk membakar lemak di dalam tubuh. Perlu di ingat faktor usia menyebabkan  penurunan kadar metabolisma setiap individu
  • Pengambilan ubat-ubatan
Bagi sesetengah individu perlu mengambil ubat-ubatan tertentu untuk mengawal penyakit mereka terutama ubat yang mengandungi steroid di mana boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Selain itu, pengambilan pil perancang keluarga atau suntikan juga merupakan faktor kegemukan (bergantung kepada individu).
  • Keturunan
Sekiranya ayah atau ibu mempunyai susur galur berbadan besar turut menyumbang ke arah kegemukan generasi seterusnya sekiranya tidak mengawal permakanan.

Habis tu..macam mana nak kuruskan badan???

Ok..setelah kita periksa penyebab kegemukan badan tu..barulah buat perancangan untuk projek kuruskan badan sempena bulan puasa ini.

TIPS 1
******************************************************************************

SAHUR 

Jangan sesekali tinggalkan sahur, lepas ini kena set jam untuk bangun sahur selain dapat berkat dengan bersahur juga memberi kita tenaga untuk berpuasa sepanjang hari. TETAPI semasa bersahur jangan melantak sepinggan nasi, cuma makan beberapa keping roti dengan air kurma+susu segar+ESP.

Leceh la nak kena blend pagi-pagi sahur..huhu

Eh..senang jer sebelum tidur ambil 3-7 biji kurma campurkan dengan segelas susu segar serta 2 sudu besar ESP dan kisar sehingga sebati (pastikan biji kurma dibuang dahulu yer). selepas itu simpan dalam peti sejuk untuk diminum semasa sahur.

Semasa sahur campurkan sedikit air suam supaya perut tu tidaklah terkejut pagi-pagi minum air sejuk.

nota : ESP mengandungi protein di mana ia adalah kunci di dalam mengawal rasa lapar, membendung selera makan dan rasa kenyang serta puas untuk setiap hidangan makanan yang seimbang. 


TIPS 2
******************************************************************************

BERBUKA

Ketika berbuka sila kurangkan minuman berais, ais boleh menyebabkan badab kita lemau keesokkan harinya bila berpuasa. Seeloknya berbuka dengan air panas dan makan kurma serta beberapa keping kuih-muih dahulu. Selepas solat maghrib barulah makan makanan berat. namun ketika ini kita sudah kenyang dan makan nasi dalam kuantiti yang sederhana.

Pastikan minum air kosong secukupnya di samping dapat membantu meningkatkan kadar metabolisma badan.

Selepas makan malam, jangan lupa ambil alfalfa dan lecithin untuk membuang toksin dalam badan.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya

Laily Rahman
013 632 0061

Comments