- Get link
- X
- Other Apps
Pada tahun 2010 satu kajian telah di jalankan di mana daripada hasil kajian tersebut menunjukkan 12.5 juta penduduk Malaysia mengalami masalah rabun jauh (myopia). Daripada jumlah tersebut 7 juta adalah mereka di bawah umur 16 tahun, manakala yang lebih memeranjatkan 2.1 juta adalah kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.(Sumber : Utusan Malaysia).
APA ITU RABUN?
Rabun mata
merupakan keadaan di mana penglihatan menjadi kabur di sebabkan mata tidak
dapat membiaskan cahaya dengan baik. Untuk
pengetahuan kita bersama terdapat 3 kategori rabun iaitu :
1) RABUN JAUH (MYPIA)
Mereka yang rabun jauh ini mempunyai bentuk kornea yang terlalu melengkung atau bola mata yang terlalu panjang. Keadaan ini menyebabkan cahaya di fokuskan di hadapan retina dan bukan ke atas retina seperti mana keadaan mata yang normal. Mereka yang mengalami masalah rabun jauh boleh melihat objek yang dekat dengan jelas tetapi objek yang jauh menjadi kabur.
2) RABUN DEKAT (HYPEROPIA)
Keadaan di mana objek jauh dapat di lihat dengan jelas tetapi objek yang dekat menjadi kabur. Mempunyai bentuk kornea kurang melengkungatau bola mata terlalu pendek. Di mana cahaya tertumpu di belakang retina
3) RABUN SILAU (ASTIGMATISM)
Mereka yang mengalami masalah rabun silau ini mempunyai bentuk kornea mata tidak sekata dan menyebabkan ia membiaskan cahaya ke arah yang berlainan. Objek dekat dan jauh kelihatan kabur.
Kebanyakkan mereka yang mengalami masalah rabun
di sebabkan oleh faktor keturunan. Namun begitu peningkatan masalah rabun di
kalangan kanak-kanak amat membimbangkan. Faktor pendedahan terlalu awal kepada
alat peranti dan alat permainan video merupakan penyumbang utama masalah rabun
di kalangan kanak-kanak. Selain itu, melihat sesuatu objek pada jarak yang
terlalu dekat dengan pencahayaan yang lemah turut mempengaruhi. Permakanan yang tidak seimbang iaitu kurang pengambilan
sayur-sayuran dan buah-buahan menambahkan lagi masalah rabun tersebut.
Oleh kerana itu, Shaklee telah menjalankan
beberapa kajian landmark sehingga terhasilnya Carotomax. Carotomax mengandungi
3 jenis karotenoid yang di estrak daripada gabungan rumpai laut, tomato, biji
anggur, brokoli, epal, kentang, lobak, strawberi dan bunga marigold.
Pengambilan carotomax secara berterusan
ini dapat mengurangkan masalah rabun di kalangan kanak-kanak dan dewasa, Insya
Allah.
Laily Rahman
SID Goldcoast Sepang
Comments
Post a Comment