- Get link
- X
- Other Apps
Perjalanan dari Johor Bahru ke Pulau Pinang sejauh 700km mengambil masa
hampir 7 jam memang amat meletihkan. Mata dah berair menahan ngantuk , mulut
entah dah berapa ratus kali menguap.
Tiba – tiba tanpa di sedari bunyi dentuman
kuat ………………………...
rupanya bunyi guruh dengan
turunnya hujan lebat. Nasib baik ade RnR untuk singgah berehat sebentar.
Begitu juga dalam kehidupan,
jika kita meneruskan perjalanan tanpa berhenti rehat pelbagai masalah boleh
menimpa. RnR dalam kehidupan seorang muslim ialah SOLAT.
Kerana dengan mendirikan solat
walau sesibuk manapun kita ia umpama terapi yang dapat menenangkan jiwa yang
gelisah, menambahbaik tenaga yang lemah serta menambah kekuatan diri dalam
menempuh onak duri perjalanan kehidupan.
Dengan solat juga dapat
mengelakkan seseorang itu daripada melakukan perkara yang tidak elok.
Umpama kenderaan yang bergerak
tanpa henti kebarangkalian adalah tinggi untuk mengalami kerosakan atau
kemalangan di mana menyukarkan kita untuk sampai ke destinasi yang di tuju .
Begitu juga dengan kehidupan
kita , jika tidak mendirikan solat jiwa akan menjadi rapuh, diri mudah tersasar
dari jalan yang yang benar serta hilang
kerberkatan dalam hidup.
Kerana di dalam solat terdapat
kekuatan diri yang tersembunyi di samping mendapat ketenangan dan kelapangan
jiwa serta mendapat keredhaan Allah swt.
-
Sedutan
dari segmen moitvasi pagi ikim.fm
Laily Rahman
013 632 0061
SID Seremban/Sepang/Muo
Comments
Post a Comment