- Get link
- X
- Other Apps
Baru- baru ini kita dikejutkan dengan kematian kanak-kanak akibat penyakit Difteria. Tapi tahukah kita apa itu DIFTERIA??
Difteria merupakan jangkitan akut yang menjejaskan sistem pernafasan. Wabak difteria dikesan berlaku di Rusia, Ukraine, Mongolia dan Ecuador pada tahun 90-an. Penyakit ini banyak melibatkan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun yang belum mendapat imunisasi
Difteria terjadi akibat bakteria yang djangkiti oleh virus corynebacteriophage dan sekaligus akan mengeluarkan toksin difteria. Ia menjangkiti tekak (tonsil, farinks, larinks, hidung) dan kadangkala selaput mukus lain, kulit , konjunktiva dan kemaluan.
Jangkitan Difteria mudah merebak melaui titisan cecair dan sentuhan fizikal. Jangkitan ini boleh menyebabkan kematian dan kepada ibu bapa sekelian pastikan anak anda dapat imunisasi yang lengkap daripada KKM
Imunisasi merupakan satu proses memberi vaksin kepada bayi bertujuan untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit. Vaksin ialah virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan.
Kebiasaannya kita hanya datang ke klinik bagi mendapat suntikan vaksin tanpa mengetahui lebih lanjut mengenai vaksin yang diberikan. Berikut adalah vaksin yang diberikan oleh KKM:
BCG - Vaksin yang memberi perlindungan terhadap Tuberkulosis.
DTap - adalah kombinasi Vaksin yang memberi perlindungan terhadap Difteria, Tetanus dan Pertusis.
DT - dos booster yang memberi perlindungan terhadap Difteria dan Tetanus.
Hib - Haemophilus Influenzae type B.
MMR - Measles (campak),Mumps (beguk) dan Rubella.
MR - dos booster yang memberi perlindungan terhadap Measles (campak) dan Rubella.
JE - Japanese Encephalitis. Vaksin ini hanya diberikan di Sarawak.
HPV - Vaksin ini hanya untuk remaja perempuan 13 tahun.
Pengambilan makanan tambahan bagi perkembangan si manja anda amat di galakkan. Shaklee merupakan pilihan tepat bagi seisi keluarga anda.
Bagi mengetahui maklumat lanjut sila hubungi saya :
Laily Rahman
013- 6320061
SID Goldcoast Sepang
• Program Imunisasi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Comments
Post a Comment