TIPS BERJAYA : PEKAK DAN TULI

DOA TERAPI JIWA


Assalammualaikum

Salam 13 Muharam 1438H bersamaan 14 Oktober 2016

Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dan kita digalakkan untuk memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad saw sebagai satu tanda bagi memuliakan baginda. Sempena berada di bulan Muharam ini perbanyakkanlah berdoa bagi mendapat keredhaan Allah swt.

Mengapa kita perlu berdoa……



Doa merupakan satu kuasa yang sukar digambarkan dan merupakan terapi kepada hati agar kita sedar bahawa kita hanyalah manusia yang lemah dan hanya bergantung sepenuhnya kepada Allah swt bagi mendapatkan kekuatan jiwa. Seperti di nyatakan di dalam Surah Al-Baqarah berikut

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
(Surah Al-Baqarah ayat 186)

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

Bagi memohon agar doa kita dimakbulkan, maka perlulah berdoa dengan keihklasan hati dan kepercayaan yang tinggi kepada Allah swt di samping berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan sesuatu.

Maka sekiranya doa itu tidak dimakbulkan teruslah bersangka baik dan percaya kepada Allah kerana dengan berdoa secara tidak langsung kita mendapat kekuatan daripadanya. Orang yang tidak berdoa jiwanya sentiasa resah-gelisah, mudah kecewa dan sering rasa terbeban dengan musibah yang menimpa.

Orang yang tidak beriman merupakan orang yang tidak berdoa dan mereka tergolong dalam orang-orang yang ego, sombong dan takbur dan di tempatkan di neraka jahanam. Manakala orang yang beriman merupakan orang yang sering berdoa dan sentiasa mempertingkat usaha untuk berjaya kerana keyakinan yang teguh kepada Allah swt.

Marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa kepada Allah swt untuk mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat

Laily Rahman
SID Goldcoast Sepang

-          Sedutan dari segmen moitvasi pagi ikim.fm


#cintaturbo12

Comments